Kursus Videografi

10 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 09 Julai 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kursus videografi bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya dari jam 8:00 pagi sehingga 4:00 petang. Kursus ini diadakan dengan kolaborasi bersama pihak Kementerian Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED). Kursus ini telah disertai oleh 16 orang peserta berumur dalam lingkungan 18 sehingga 60 tahun.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk melatih peserta untuk mengedit video sekiranya mereka ingin mempromosikan produk mereka dalam video. Peserta diajar megedit video menggunakan software Windows Movie Maker dan juga Sony Vegas Pro. Setiap peserta diajar secara terperinci agar mereka faham cara untuk menghasilkan video. Peserta juga diberi masa untuk menghasilkan satu video pendek menggunakan barangan yang ada dalam Pusat Internet.

Antara kebaikan yang diperoleh dari kursus ini ialah peserta dapat menjadi kreatif dalam menghasilkan sesuatu kerja seperti menghasilkan video mengikut kreativiti masing – masing. Peserta juga menjadi celik IT kerana tahu menggunakan software dan komputer untuk membantu mereka dalam mempromosikan perniagaan dan produk mereka kepada orang ramai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali